Perjumpaan Khas Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri telah diadakan pada 8 November 2023 bertempat di Wisma Sri Pahang.

Sesi yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif IIM ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai merangkumi Ketua Pentadbir, Pengarah, Ketua Unit Integriti dan pegawai agensi masing-masing.

Sesi ini bertujuan bagi berkongsi fungsi, peranan serta hala tuju IIM dalam usaha untuk membudayakan integriti melalui kerjasama antara pelbagai agensi sama ada di peringkat awam mahupun swasta. Antara lain, sesi ini turut memberi pendedahan mengenai rangkaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IIM termasuk aktiviti yang direncanakan sepanjang Sambutan Bulan Integriti Nasional 2023.