Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Wan Suraya telah mengadakan perjumpaan dengan Puan Nurhani binti Sugianto, Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Murid (HEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 21 Jun 2022 bertempat di Anjung Siswa, UMS.

Antara lain, perjumpaan tersebut menjurus kepada pengaktifan semula Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) UMS, dan perancangan mengenai sambutan Hari Integriti Nasional 2022 di peringkat UMS, serta pengisian program sepanjang bulan November 2022 yang boleh dilaksanakan oleh pihak HEP UMS.

Pada perjumpaan yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai HEP UMS dan kepimpinan mahasiswa UMS, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi turut berinteraksi dengan mahasiswa berkaitan dengan kefahaman dan tafsiran mengenai integriti oleh generasi muda.