YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif serta beberapa pegawai kanan Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menghadiri Perhimpunan Bulanan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama YAB Perdana Menteri di Dataran Perdana Putra, Putrajaya pada pagi ini, 29 November 2022.
Dalam amanat beliau, YAB Perdana Menteri telah menyeru seluruh kakitangan kerajaan agar bersama-sama membawa negara ke arah pemulihan. Selain itu, beliau menegaskan supaya dalam tata kelola pentadbiran kerajaan baharu tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender bagi mengelakkan sebarang kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.
Perhimpunan ini turut dihadiri oleh YBhg Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan barisan pengurusan atasan serta pegawai-pegawai JPM, termasuk wakil-wakil penjawat awam daripada setiap jabatan/agensi di bawah JPM.





