{:my}Perbincangan Meja Bulat (RTD) Siri Ke 4/2016 telah diadakan bagi membincangkan tentang Strategi Bagi Mempertingkatkan Imej Korporat Perkhidmatan Awam Di Malaysia membariskan enam pembincang utama yang terdiri daripada Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, Pengerusi Telekom Malaysia,Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Saad, Pengerusi Lembaga Pengarah,UKM, Datuk Jalil Marzuki, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ( Pembangunan), Dato’ Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Timbalan Pengarah Kanan INTAN , Dato Haji Che Isa Che Kob, Pengarah Sektor Audit Negeri-Negeri, Jabatan Audit Negara dan Prof Dr Hamidin Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, Razak School of Government (RSOG). Perbincangan adalah tertumpu kepada deraf kertas dasar yang telah dibentangkan oleh En Anuar Haji Ahmad, Penyelaras Program Institusi Pentadbiran, INTEGRITI.
Semua Panel Pembincang bersetuju bahawa dari segi pencapaian indeks-indeks integriti dan tadbir urus samada di peringkat negara atau di peringkat antarabangsa,kecuali bagi Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa yang dikeluarkan oleh TI di mana kita berada pada paras average, Malaysia berjaya mencapai tahap indeks yang baik iaitu melepasi above average bagi Indeks-Indeks yang lain seperti Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara,Indeks SPAN oleh JPA, Sistem Star Rating oleh MAMPU,World Bank Ease of Doing Business Index, World Economic Forum Competitiveness Index dan sebagainya.
Kesemua ahli panel bersetuju bahawa persepsi buruk masyarakat terhadap perkhidmatan awam adalah kerana kecenderungan media untuk memaparkan berita-berita negatif mengenai kegagalan kerajaan atau isu-isu integriti anggota perkhidmatan awam yang disensasikan bagi melariskan jualan akhbar-akhbar berkenaan.Kegagalan pihak berkuasa tempatan untuk menangani isu kemudahan asas dengan cemerlang iaitu isu sampah, longkang dan rumput (SLR) turut menyebabkan imej perkhidmatan awam turut tercalar.Justeru itu adalah penting agar setiap isu yang dibangkitkan oleh media ditangani dengan cepat dalam tempoh 24 jam daripada isu itu dibangkitkan oleh Unit Komunikasi Korporat yang telah ditubuhkan di setiap Kementerian.
{:}{:en}Perbincangan Meja Bulat (RTD) Siri Ke 4/2016 telah diadakan bagi membincangkan tentang Strategi Bagi Mempertingkatkan Imej Korporat Perkhidmatan Awam Di Malaysia membariskan enam pembincang utama yang terdiri daripada Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, Pengerusi Telekom Malaysia,Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Saad, Pengerusi Lembaga Pengarah,UKM, Datuk Jalil Marzuki, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ( Pembangunan), Dato’ Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Timbalan Pengarah Kanan INTAN , Dato Haji Che Isa Che Kob, Pengarah Sektor Audit Negeri-Negeri, Jabatan Audit Negara dan Prof Dr Hamidin Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, Razak School of Government (RSOG). Perbincangan adalah tertumpu kepada deraf kertas dasar yang telah dibentangkan oleh En Anuar Haji Ahmad, Penyelaras Program Institusi Pentadbiran, INTEGRITI.

{:}