Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan perbincangan secara dalam talian dengan pihak Marcus Evans (M) Sdn.Bhd, yang merupakan penganjur kepada Governance, Risk And Compliance (GRC) Asia 2022 yang bakal diadakan pada 28-29 November 2022.
Beliau akan hadir sebagai panel dalam forum yang bertajuk “Addressing the Challenges in the Implementation of the Section 17A MACC Act and Discussing the Law Enforcement Patterns in Malaysia”.
Turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut adalah Encik Raj Kuppusamy, Head of Compliance, Bumi Armada, Malaysia, sebagai moderator sesi forum dan Puan Tasha Ariffin, Project Manager, Conference & Training (APAC), Marcus Evans.

