Perbincangan ringkas antara Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corporation Malaysia (SME Corp.), YBrs. En. Rizal Nainy pada hari ini, 22 Jun 2022 telah membuahkan beberapa cadangan kerjasama dua hala dalam membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan mempertingkatkan pembangunan tadbir urus yang baik dalam organisasi masing-masing. Ini termasuk pemahaman dan persediaan PKS mengenai Tatacara Mencukupi di bawah Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (pindaan) 2018.
Perbincangan telah diadakan bertempat di Bangunan SME Corp, Platinum Sentral, Kuala Lumpur Sentral.


