IIM telah mengadakan perbincangan perancangan strategik dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk membantu dalam usaha memperkukuhkan ekosistem integriti NCIA melalui perkhidmatan konsultasi pembangunan Pelan AntiRasuah Organisasi (OACP) dan lain-lain program advokasi dan latihan yang berkaitan.

Kata sepakat ini telah tercapai semasa kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif IIM, YBhg Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dengan Ketua Eksekutif NCIA, Encik Mohamad Haris Kader Sultan pada hari ini di Pulau Pinang.

Cadangan jalinan kerjasama ini akan diperincikan diperingkat tindakan seterusnya.