Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai mengadakan perbincangan mengenai pelaksanaan Bengkel Semakan Semula Separuh Penggal Pelan Antirasuah Negeri Sembilan (ANTS) 2020-2024 bersama Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan pada 7 September 2022.

Antara yang dibincangkan termasuklah cadangan menambahbaik pelan ANTS bagi memastikan inisiatif-inisiatif yang digariskan kekal relevan dan elektif.

Mesyuarat ini diwakili oleh pegawai-pegawai kanan Unit Integriti Pejabat SUK Negeri Sembilan iaitu En. Ahmad Akmal dan Encik Ahmad Fuad. Manakala IIM diwakili oleh En. Rais Ramli, Ketua Seksyen Perancangan dan Strategik Korporat dan En. Mohd Hafizdi Mohd Akhir, Ketua Seksyen Pengurusan Integriti.