Perbincangan Jawatankuasa Teknikal Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diadakan pada 30 Mac 2022 bertempat di Blok B, Ibu Pejabat SPRM.
Perbincangan ini bertujuan untuk memperkemaskan gerak kerja CISM terutama berkaitan modul latihan dan juga proses pelaksanaan CISM. Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang dijalankan oleh IIM dan juga SPRM.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Sarimah Sulaiman dari Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, SPRM dan melibatkan 4 orang lagi pegawai SPRM. Manakala IIM diwakili oleh 4 orang pegawai yang diketuai oleh Encik Harisham Ibrahim, Ketua Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Produk.

