YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pengawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan perbincangan dengan YBhg Dato’ Norman bin Abdul Halim, Presiden & CEO, Kumpulan Syarikat KRU dan Pengasas Akademi KRU pada 10 Jun 2022.

Perbincangan menjurus kepada inisiatif-inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh IIM untuk menggerak dan melebarluas maklumat mengenai halatuju dan agenda integriti baharu IIM menerusi pelbagai medium dan kandungan kreatif.

Turut hadir dalam perbincangan ini ialah Encik Zubayry Abady Sofian, Ketua Seksyen Komunikasi Korporat IIM.