IIM telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 20 September 2022.
Antara yang dibincangkan antara YBhg Datuk KPE IIM dengan YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif SKM termasuklah cadangan kerjasama strategik di antara IIM dengan SKM khususnya dalam memantapkan nilai integriti serta memperkasakan governans di kalangan koperasi di Malaysia. Di samping itu, SKM juga menyuarakan minat untuk turut menganjurkan beberapa program integriti dan governans melibatkan koperasi sempena sambutan bulan Integriti pada November 2022.


