YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan perbincangan dengan Dr. KM Loi, Presiden Persatuan Pengamal Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS-MY) pada 6 Disember 2022.

Perbincangan menjurus kepada cadangan pelaksanaan Forum Sistem Pengurusan Integriti dengan tema “Kelestarian Organisasi Melalui Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS)- Dahulu, Kini dan Akan Datang” yang dijadualkan pada 14 Februari 2023.

Turut hadir adalah En. Victor Soosai daripada ABMS-MY manakala IIM diwakili oleh En. Fison Hamdi Ahmad, Ketua Seksyen Advokasi & Latihan, Pn. Maisyarah Mansoruddin, Ketua Seksyen Sistem, Standard & Governans dan En. Izal Arif Zahrudin, Pegawai Tugas-Tugas Khas (II).