Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan perbincangan dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) pada 26 September 2022.
Turut dibincangkan antara YBhg Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, KPE IIM dengan YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bin Haji Abdullah, Presiden ANGKASA termasuk cadangan pelbagai kerjasama strategik di antara IIM dengan ANGKASA khususnya dalam memantapkan nilai integriti serta memperkasakan tadbir urus baik di kalangan gerakan koperasi di Malaysia.
Pihak ANGKASA turut menyambut baik cadangan IIM supaya Bulan Integriti disambut di peringkat ANGKASA pada bulan November 2022 kelak sebagai usaha dan komitmen pembudayaan integriti khususnya di peringkat koperasi dan komuniti.

