Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Penghayatan Integriti Dalam Tugas” kepada wakil pengurusan syarikat TNB Fuel Services Sdn Bhd pada 6 September 2022.
Sesi ini telah dihadiri seramai 46 orang wakil pengurusan yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kumpulan Sokongan dan Pengurusan Atasan TNB Fuel Services. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Konsultan, Seksyen Advokasi dan Libat Urus IIM, En. Suhaimi Mohd Noh.


