Institut Integriti Malaysia (IIM) telah membantu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memulakan proses pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JHEAT dengan sesi taklimat mengenai Penilaian Risiko Rasuah (CRA) dan OACP pada 5 Julai 2022.

Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya JHEAT, serta Ahli Jawatan Kuasa Pembangunan OACP JHEAT. Konsultan IIM yang terlibat ialah En. Khairul Azmir dan En. Mazwane Musa.