Tahniah dan syabas diucapkan kepada Malaysian Steel Institut (MSI) di atas kejayaan membangunkan Corruption Risk Assessment (CRA) dan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP).

Keseluruhan proses konsultasi telah bermula dari 23 November 2021 dan berakhir pada 14 Februari 2022. Pada 22 April 2022, buku OACP MSI telah siap diterbitkan. Konsultan IIM yang membimbing MSI ialah En. Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz.

Sepanjang tempoh pembangunan tersebut, ahli-ahli Jawatan Kuasa CRA OACP MSI telah menjalani 4 bengkel OACP antara Institut Integriti Malaysia (IIM) Iaitu Bengkel Taklimat Pembangunan, Bengkel CRA dan Data Analisis, Bengkel Pelan Tindakan Dan Bengkel Pemurnian.

Usaha dan komitmen yang tinggi dari ahli Jawatan Kuasa telah menghasilkan sebuah CRA OACP MSI yang mengandungi Senarai Penilaian Risiko Rasuah, Integriti, dan Tadbir Urus serta Inisiatif-inisiatif berteraskan 3 Strategi utama dan 6 Objektif strategik bagi persediaan untuk membanteras Isu rasuah pada masa hadapan.