Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Pemantapan Integriti: Cabaran dan Strategi Ke Arah Kecemerlangan Organisasi” di dalam Webinar Kelestarian Integriti anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Unit Integriti JAKIM pada 18 Oktober 2022.
Webinar tersebut di hadiri seramai 130 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di seluruh Malaysia.
Ceramah ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Seksyen Pengurusan Integriti, IIM. Turut hadir sebagai penceramah adalah YDH DCP Dato’ Hj’ Ghazali bin Hj. Daud, Timbalan Pengarah, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia.


