Institut Integriti Malaysia telah melantik semula YBhg. Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan sebagai Ahli Lembaga Pengarah IIM. Pelantikan semula YBhg. Datuk Wan Saifulruddin dilaksanakan melalui Mesyuarat Agung Tahunan IIM ke-17 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 20 September 2021 (Isnin). Pengurusan tertinggi dan seluruh warga IIM mengucapkan tahniah kepada YBhg. Datuk Wan Saifulruddin. Kepimpinan dan sumbangan YBhg. Datuk Wan Saifulruddin adalah tidak ternilai kepada Institut Integriti Malaysia.