Institut Integriti Malaysia (IIM) melantik Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan sebagai ahli lembaga Pengarah IIM.
Pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja IIM mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Sallehhuddin atas pelantikan tersebut. Semoga pelantikan Datuk Seri Mohd Sallehhuddin dapat melengkapkan ahli lembaga pengarah sedia ada dan bekerjasama dengan pasukan pengurusan dalam menerajui IIM ke arah mencapai matlamat dan kejayaan.
