Institut Integriti Malaysia (IIM) mengucapkan tahniah kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM) di atas Pelancaran Pelan “Getah Antirasuah 2021-2025 (GETAR 2021-2025)” pada 16 Ogos 2022.

Majlis Pelancaran telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

GETAR 2021-2025 yang telah dibangunkan dengan kerjasama erat antara LGM dan IIM ini diharap dapat memberikan pendapatan yang lebih tinggi kepada pekebun kecil komoditi getah Negara.