Institut Integriti Malaysia (IIM) mengucapkan tahniah kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di atas pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) MAIPk pada 1 Julai 2022.

Pembangunan OACP ini telah dibantu sepenuhnya oleh IIM bermula dari sesi taklimat OACP sehinggalah kepada penerbitan buku OACP MAIPk.

Dengan kerjasama erat antara IIM dengan pelbagai agensi seperti MAIPk ini, diharapkan banyak lagi usaha-usaha positif akan dapat dilaksanakan bagi meningkatkan integriti, tadbir urus, dan antirasuah Negara.