Sebagai usaha menyokong saranan kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Pengusaha Kafeteria IIM telah melancarkan Program Menu Rahmah pada 17 Februari 2023 bertempat di Kafeteria IIM.

YBhg. Datuk KPE ketika menyempurnakan pelancaran Menu Rahmah ini berkata dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan itu diharap dapat membantu warga IIM yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Dengan harga RM5.00, warga kerja IIM boleh menikmati hidangan nasi putih, lauk pilihan, sayuran dan segelas air sirap.