Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan taklimat Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan Penilaian Risiko Rasuah (CRA) kepada kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ) pada 11 Ogos 2022.
Seramai 66 orang wakil dari JKSNJ dan 10 orang dari Mahkamah Tinggi dan Rendah seluruh Negeri Johor telah hadir dalam sesi yang dijalankan secara dalam talian ini.
Taklimat telah disampaikan oleh Konsultan IIM, Pn. Nur Faranajwa Yahaya dan En. Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz.
