Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi libat urus tentang pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi bagi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 8 Februari 2023 bertempat di Menara MBJB, Bukit Senyum, Johor Bahru.

IIM diwakili oleh En. Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Perancangan dan Strategik Korporat IIM, manakala MBJB diwakil oleh En. Abdul Aziz Ithnin, Pengarah Khidmat Pengurusan dan Pegawai Kanan Unit Integriti dan Pemodenan Pentadbiran MBJB.