Institut Integriti Malaysia (IIM) telah membantu pihak Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak dalam usaha mengkoordinasikan pelaksanaan Fasa Pertama Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) di empat (4) residensi terpilih di Sarawak pada 21 Julai 2022 menerusi aplikasi Zoom Meeting.

Mesyuarat penyelarasan ini dihadiri oleh iaitu wakil Tuan Shamsul (KPP Seksyen Integirti – UNIONS) dan Pegawai yang bertanggungjawab berkenaan Program CIB iaitu daripada wakil Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Majlis Daerah Limbang (MDL) dan Majlis Daerah Matu-Daro (MDMD).

Mesyuarat dipengerusikan oleh oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi, Tuan Haji Hamliye Sham Harun dan Konsultan Kanan Seksyen Sistem Pengurusan Integriti, Encik Meor Shahram Faiz Bin Mieor Shariman.