Pasukan Program Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB), Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diketuai oleh Tuan Haji Hamilye Sham Harun, Pengurus Besar Kanan (Operasi), IIM telah mengadakan perbincangan bersama YBhg. Datu Haji Junaidi Haji Reduan, Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) pada 11 Ogos 2022.
Perbincangan berfokus kepada persediaan pelaksanaan Projek Rintis CIB di Kuching Utara, Sarawak. DBKU merupakan salah satu daripada empat (4) Residensi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sarawak yang terpilih untuk program ini.
Sejurus selesai perbincangan, Pasukan CIB IIM seterusnya telah mengadakan lawatan tapak kepada ketiga-tiga lokasi Program CIB di DBKU iaitu di Taman Sukma, Taman Samariang dan Sungai Maong. Ketiga-tiga lokasi ini akan dibantu oleh barisan Jawatankuasa Khas CIB yang dilantik oleh pihak DBKU terdiri daripada kalangan Ahli Jawatankuasa Kejiranan Mesra (KjM) di ketiga-tiga kawasan tersebut.




