Organisational Anti-Corruption Plan (OACP)

OACP

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) ialah PELAN STRATEGIK ANTIRASUAH yang dibangunkan di peringkat organisasi bertujuan menangani permasalahan governans, integriti dan antirasuah. Ia juga merupakan penanda aras komitmen integriti sesebuah organisasi dalam memerangi rasuah berdasarkan tadbir urus yang cemerlang serta pembudayaan integriti dalam kalangan waga kerja.

 

Kenapa OACP perlu dibangunkan?

OACP berupaya membantu sesebuah organisasi menganalisa, mengenal pasti, merancang, melaksanakan, serta memantau tindakan bagi menangani isu serta permasalahan berkaitan antirasuah dalam organisasi secara Komprehensif, Holistik dan Sistematik.

4 Kelebihan UTAMA memiliki OACP?

  • Rasuah dalam sesebuah organisasi dapat ditangani secara proaktif
  • Mendukung amanat dan hasrat kerajaan dalam membanteras rasuah selaras dengan inisiatif di dalam Pelan Antirasuah Negara.
  • Meningkatkan keyakinan pelanggan, pelabur dan pihak berkepentingan
  • Salah satu Tatacara Mencukupi bagi peruntukan seksyen 17A SPRM 2009

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM) SEDIA MEMBANTU!

IIM menyediakan khidmat konsultasi merangkumi empat (4) fasa utama bagi membangunkan OACP serta Penilaian Risiko Rasuah (CRA)

 

OACP SAHAJA CRA OACP (HYBRID)
Pengenalan OACP Taklimat kesedaran & penetapan konteks bagi CRA OACP
Penilaian Risiko & Analisa Data CRA & Analisa Data
Perancangan Senario Pelan Tindakan
Pemurniaan Pemurniaan