Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bagi menyampaikan ceramah bertajuk Nila Setitik : Tatakelakuan dan Tatatertib bagi program Facebook Talk Koperasi (FB Talk) pada 19 Oktober 2022.
Sesi yang dijalankan secara rakaman ini akan disiarkan pada bulan November bersempena dengan sambutan Bulan Integriti Nasional 2022. Rakaman tersebut juga akan dipertontonkan kepada semua warga koperasi dan koperator seluruh negara melalui platform media sosial rasmi ANGKASA.
Ceramah ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada seluruh warga koperasi dan koperator seluruh Malaysia berkaitan integriti dan tadbir urus baik.

