{:my}KONVENSYEN INTEGRITI NASIONAL 2017
TAN SRI WAHID OMAR: PERKHIDMATAN AWAM DAN SEKTOR KORPORAT MALAYSIA PERLU ‘KATA TIDAK KEPADA PERBUATAN RASUAH’
KULA LUMPUR, 9 November 2017: Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada 23 April 2004, merupakan satu langkah bagi memastikan integriti menjadi komponen penting dalam budaya Malaysia. Selaras dengan objektif PIN, Konvensyen Integriti Nasional (KIN) dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) setiap tahun sebagai platform bagi membincangkan agenda integriti negara.
Konvensyen julung kali telah diadakan pada tahun 2006, dan tema tahun ini “Memperkukuh Integriti Korporat: Atas Bawah dan Semua Peringkat”, menekankan keperluan integriti digerakkan dari kepimpinan atas ke peringkat bawah. KIP 2017 dianjurkan dengan kerjasama PETRONAS.
KIN adalah platform untuk para peserta konvensyen membincangkan dan bertukar pandangan mengenai integriti, etika korporat dan aspek tadbir urus serta menyebarkan idea-idea yang akan membantu mengukuhkan nilai integriti dalam masyarakat Malaysia.
KIN 2017 dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Ucaptama, Sesi Paralel dan Perbincangan Meja Bulat. Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Abdul Wahid Omar menyampaikan ucaptama manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan menyempurnakan majlis penutup.
Dalam ucaptamanya, Tan Sri Wahid berkongsi harapannya agar setiap orang dan pihak akan memainkan peranan masing-masing, bukan sahaja menjadikan integriti sebagai salah satu prinsip dan nilai teras, tetapi juga meletakkan integriti dalam bentuk tindakan.
“Ini bermakna, antara lain memilih pemimpin yang tepat untuk pertubuhan masing-masing, memastikan integriti rekod dan penyata kewangan, memastikan tidak melakukan rasuah dengan membayar sogokan untuk mendapatkan kontrak atau pertolongan dan mengetengahkan apabila melihat perbuatan-perbuatan tidak jujur.
“Saya percaya jika kita memainkan peranan masing-masing, ke bawah dan di semua peringkat, kita semua boleh bergerak ke arah melahirkan masyarakat kurang jenayah, kurang rasuah dan inklusif,” kata beliau.
Beliau juga berkata, “dengan semangat Negaraku dan Rukun Negara, marilah kita semua merenung apa yang telah kita capai bersama dan bahagian-bahagian yang kemungkinan kita tidak bertindak dengan baik.”
“Saya tahu kita tidak sempurna dan ada banyak perkara yang kita perlukan untuk memperbaiki (kedudukan kita). Tetapi kita harus bangga bahawa negara kita juga telah maju dalam banyak peringkat.”
Tan Sri Wahid juga berkata “toleransi sifar terhadap rasuah mesti bermula dengan kita semua, penjawat awam dan korporat.”
“Bagi pemantauan antirasuah seperti ini, adalah penting kedua-dua pemberi dan penerima rasuah dikenakan tindakan dan dihukum. Rasuah akan berterusan selagi ada pihak yang bersedia untuk membayar bagi mendapatkan kontrak dan faedah yang menguntungkan mereka.
“(Oleh itu) masa sudah tiba bagi perkhidmatan awam dan korporat Malaysia mengatakan tidak kepada rasuah,” kata beliau.
Dalam pada itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff berkata KIN merupakan satu cara untuk membincangkan perkara-perkara mengenai integriti, etika perniagaan dan tadbir urus, terutamanya membabitkan sektor swasta dan korporat.
“Mesyuarat tahun lepas memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan integriti dan tadbir urus dalam meningkatkan imej perkhidmatan awam.
“Sebagai pendekatan yang berterusan, tahun ini, kami memberi tumpuan kepada sektor swasta kerana ia adalah satu lagi komponen penting dalam pembinaan negara. Dan, kerjasama antara INTEGRITI dan PETRONAS merupakan satu gambaran di mana semua pihak perlu dan boleh bekerjasama untuk meningkatkan budaya integriti dalam masyarakat kita,” katanya.
Menurut Datuk Dr Anis Yusal: “Pendek kata, kami menggunakan konvensyen kebangsaan sebagai platform untuk membincangkan banyak isu yang berkaitan dengan etika, integriti dan tadbir urus yang baik dengan pelbagai kumpulan sasaran, dari kalangan belia, sektor awam dan swasta.”
“Dari PICC (Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya) ke KLCC, kami telah berpeluang menggunakan konvensyen ini sebagai tempat bagi kami untuk mencari penyelesaian berdasarkan amalan terbaik yang dikongsi semasa pembentangan dan perbincangan,” katanya.
Bagi pihak INTEGRITI, Datuk Dr Anis Yusal mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memainkan peranan dalam menjayakan konvensyen tahun ini terutamanya PETRONAS atas sokongan berharga mereka.
Pada konvensyen tahun ini, Modul Integriti Kursus Industri Pembinaan telah dilancarkan oleh Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Dr. G. Manimaran, Pengarah Program Komunikasi, Pusat Komunikasi, Program Bitara dan Antarabangsa di talian 012-3081355 atau 03-62092050 atau melalui e-mel di [email protected].{:}{:en}National Integrity Convention 2017
TAN SRI WAHID OMAR: ‘time has come for the civil service and corporate Malaysia to say no to corruption’
KULA LUMPUR, 9 November 2017: The National Integrity Plan (NIP) launched on 23 April 2004, is a call for action to ensure integrity becomes an essential component of Malaysian culture. In line with the NIP objectives, the National Integrity Convention (NIC) is organised by the Malaysian Institute of Integrity (INTEGRITI) annually as a platform to discuss the national integrity agenda amongst target groups.
The convention first held in 2006, and this year’s theme “Reinforcing Corporate Integrity: Top Down and All Around”, pushes for integrity to be driven from the top. NIC 2017 is jointly organised with PETRONAS.
It is a platform for participants to discuss and exchange insights relating to integrity, corporate ethics and governance matters as well as propagate ideas that will help strengthen the value of integrity in the Malaysian society.
The NIC 2017 is divided into three segments: Keynote Address, Concurrent Sessions and Roundtable Discussion. Group Chairman of Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Abdul Wahid Omar delivered the keynote address. The Convention was officially closed by Minister in the Prime Minister’s Department, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan.
In his keynote address, Tan Sri Wahid shared his hope that each and every one of us will play their part not only in embracing integrity as one of the core principles and values, but also in putting integrity into action.
“This means, among others choosing the right leaders for our respective organisations, ensuing the integrity of our records and financial statements, ensuring we do not perpetuate corruption by paying bribes in order to secure contracts or favours and to whistle blow when we see acts of dishonesty.
“I believe if each one of us were to play our respective part, top down and all round if you like, then we can all move towards a crime-less, corruption-less and inclusive society,” he added.
He further said that “in the spirit of Negaraku and Rukun Negara, let us all reflect on what we have achieved together and where we have perhaps not done well.”
“I know we are not perfect and there are many things we need to rectify and improve. But we should feel proud that this Country of ours has also progressed in many ways.
“More recently the Malaysian Government’s adoption of Blue Ocean Strategy in improving its service delivery system such the Urban Transformation Centres, Malaysian Global Innovation and Creativity Centre and the Community Rehabilitation Program has received global recognition,” he said.
Tan Sri Wahid also said that zero tolerance towards corruption must begin with all of us, civil servants and corporates alike.
“For such anticorruption drive to be sustainable, it is important for both the givers and recipients of bribes to be charged and punished. Corruption would persist as long as there are parties who are prepared to pay their way into lucrative contracts and favours.
“The time has come for the civil service and corporate Malaysia to say no to corruption,” he said.
President and Chief Executive Officer of INTEGRITI, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff said that the NIC is an avenue for the deliberation of matters on integrity, business ethics and governance, especially for the private and commercial sectors.
“Last year’s meeting focused on the efforts to raise awareness on the importance of integrity and governance in enhancing the image of the public service.
“As a continuous approach, this year, we are focusing on private sector as it is another important component in nation building. And, the cooperation between INTEGRITI and PETRONAS is a reflection that all parties need to work together to enhance the integrity culture in our society,” he said.
According to Datuk Dr Anis: “In short we have been using the national convention as a platform for us to discuss many of the issues related to ethics, integrity and good governance with many different target groups, from youth, to public and private sector.”
“From PICC to KLCC, we have been able to use these conventions as a place for us to find many solutions based on best practices shared during the presentations and discussions,” he added.
On behalf of INTEGRITI, Datuk Dr Anis Yusal wish to thank all parties that played a role in making this year’s convention successful, especially PETRONAS for their valuable support.
Following the Keynote Address was the forum discussion on the topic ‘Enhancing Good Governance in the Private Sector – Between Aspirations and Challenges’ by three distinguished panellists namely, Dato’ Zamree Mohd Ishak, President and Chief Executive Officer of Credit Guarantee Corporation Malaysia; Dato’ Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus, Managing Director and Chief Executive Officer of PETRONAS Dagangan Berhad, Dato’ Ir. Ahmad ‘ Asri Abdul Hamid and Chief Executive, Construction Industry Development Board (CIDB).
The Concurrent Sessions focused on five topics: Interest Collusion between Shareholders and Stakeholders: Are there solutions in Sight?; The Future of Corporate Ethics: You Can Run but You Cannot Hide; Combating Corruption, Malpractices and Abuse of Power in the business Community: Are We Winning the Battle?; Corporate Transparency and Enhancing Corporate Image: Actions Speaks Louder than Words; and Digital Innovation Governance: The Balancing Act. More than 300 delegates from corporate and private sector participated in today’s convention.
At this year’s convention, Integrity Course Module for the Construction Industry was launched by Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali, Chairman of CIDB.
For further information, please contact Dr. G. Manimaran, Director of Communications Programme, Centre for Communication, Special and International Programmes at 012-3081355 or 03-62092050 or via email at [email protected].{:}