11 October 2026 7:07 am
mika-pengenalan

Modul Integriti Kanak-kanak (MIKa) merupakan salah satu daripada usaha dan inisiatif Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi menanam nilai integriti bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak. Modul ini adalah kesinambungan daripada Modul Integriti Prasekolah (MIPS) yang telah dibangunkan pada tahun 2016-2017 oleh IIM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

MIPS dijenamakan semula kepada MIKa dengan penambahbaikan kandungan dan elemen baharu berdasarkan kesesuaian semasa. Skop MIKa diperluaskan lagi dengan sasaran yang lebih berfokus kepada dua (2) kategori iaitu pada peringkat:

1. Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) yang berumur antara 2 hingga 4 tahun; dan
2. Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA)/Prasekolah yang berumur antara 5 hingga 6 tahun.

MIKa dibangunkan selari dengan dasar dan aspirasi pendidikan negara serta Kurikulum Prasekolah 2026 yang menekankan nilai, akhlak dan pembentukan karakter kanak-kanak dari awal usia.

MIKa merupakan panduan asas kepada guru, pendidik prasekolah dan pengendali TASKA, TADIKA/Prasekolah dalam melaksanakan pendidikan integriti secara mudah, menyeronokkan, berstruktur dan sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak berumur dua (2) hingga enam (6) tahun.

 

Modul ini dibangunkan berasaskan pendekatan pembelajaran melalui cerita, nyanyian, main peranan (role play), simulasi, aktiviti kumpulan, perbincangan mudah, bahan fizikal (maujud), seni kreatif dan pengukuhan rutin harian. Pendekatan ini mengambil kira keperluan kanak-kanak belajar secara aktif melalui pengalaman, pemerhatian, refleksi, pergerakan, interaksi sosial dan penerokaan persekitaran.

Nilai integriti dalam modul ini diterjemahkan melalui situasi harian yang dekat serta relevan dengan dunia kanak-kanak.

mika-objektif3

1. Membentuk kesedaran integriti dalam kalangan kanak-kanak.
Membentuk dan meningkatkan kesedaran kanak-kanak terhadap konsep integriti secara asas sama ada dalam bentuk pertuturan mahupun perlakuan.

2. Mengajar etika dan moral melalui pembinaan tingkah laku.
Membantu dalam penyampaian prinsip-prinsip etika dan moral serta pembinaan karakter dan tingkah laku kanak-kanak yang positif.

3. Mengintegrasikan integriti dalam pembelajaran.
Mengintegrasikan nilai-nilai integriti dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) secara menyeluruh dan memastikan aspek integriti menjadi kesinambungan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
 
KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2026 – Satu lembaran baharu dalam pendidikan awal kanak-kanak telah tercipta dengan pelancaran Modul Integriti Kanak-Kanak (MIKa) di Tabika Perpaduan Taman Bukit Cheras.
 
Inisiatif strategik oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama Kementerian Perpaduan Negara ini merupakan evolusi daripada Modul Integriti Prasekolah (MIPS) 2016. MIKa dibangunkan selaras dengan Kurikulum PERMATA Negara dan Kurikulum Prasekolah 2026 bagi menerapkan nilai integriti secara sistematik dan membina karakter positif seawal usia.
 
Pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Isteri Perdana Menteri; YB Datuk Aaron Ago Dagang (Menteri Perpaduan Negara); YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM serta barisan kepimpinan Ahli Lembaga Pengarah IIM, dan Kementerian Perpaduan Negara selaku rakan kerjasama strategik MIKa.
 
MIKa bukan sekadar modul pendidikan; ia adalah satu seruan moral untuk kita semua membudayakan integriti sebagai pegangan hidup demi masa depan generasi Malaysia yang lebih cemerlang.
 
Tahniah IIM, terus komited membudayakan integriti seawal usia!

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 20
JUMLAH PELAWAT : 494389

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 11 October 2026

Skip to content