Institut Integriti Malaysia telah mengadakan mesyuarat secara maya dengan Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diwakili Timbalan Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Murid, Puan Nurhani binti Sugianto pada 30 Ogos 2022.
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai perancangan sambutan Hari Integriti Nasional Peringkat UMS Tahun 2022, dan pengaktifan semula Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) UMS.
