YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi Mesyuarat Pramajlis (Pre-council Meeting) dengan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara yang juga merangkap Pengerusi IIM pada pagi ini di Putrajaya.
Tujuan pertemuan ini diadakan adalah untuk memberikan input serta makluman awal terutama berkaitan Mesyuarat Lembaga Pengarah IIM yang akan berlangsung pada 17 Mei 2022 serta beberapa program teras IIM yang akan berlaku dalam waktu terdekat.

