Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menghadiri sesi Mesyuarat pertama Technical Working Group (TWG) Kumpulan Fokus Ke-empat (FG4) bagi penyediaan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) yang telah diadakan pada 16 Februari 2023 di Bangi.
Pada sesi ini, IIM telah dipertanggungjawabkan mengetuai dan mengendalikan perbincangan berkaitan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan.
IIM telah diwakili oleh En. Mas Affendi Masarudin, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Puan Norasikin Baharudin, Ketua Seksyen Dasar & Penyelidikan (SDP) dan En. Nurarif dari SDP.
Proses penyediaan laporan Kumpulan Fokus Ke-empat ini dijangka selesai pada penghujung bulan Februari dan akan dibentangkan di Parlimen pada suku ketiga tahun 2023.


