Mesyuarat Perbincangan Meja Bulat Sistem Integriti Korporat Malaysia (RTD CISM) Bil. 1/2022 telah diadakan pada 22 April 2022 bertempat di Dewan Murni, Institut Integriti Malaysia (IIM).

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM. Mesyuarat juga dihadiri oleh ahli-ahli RTD terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Transparency International Malaysia (TI-M), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bursa Malaysia Berhad dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Mesyuarat telah membincangkan beberapa agenda utama termasuklah pembangunan Modul CISM secara bersama oleh IIM dan semua ahli RTD. Modul ini akan ditambahbaik sebelum dilancarkan sekitar bulan Jun 2022 kelak.

IIM sebagai Pengerusi Sekretariat RTD CISM akan berusaha agar sistem CISM ini dapat membantu mewujudkan komuniti perniagaan Malaysia yang berintegriti dan bebas rasuah.