Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan mesyuarat penyelarasan secara maya bagi pelaksanaan pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi 11 Pejabat-Pejabat Tanah dan Jajahan, dan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan pada 20 September 2022.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Pengarah Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (BITU), Encik Wan Fahazil Wan Mohd Jaffar telah membincang dan memperhalusi cadangan perbatuan pelaksanaan pembangunan OACP oleh kepada 23 organisasi di bawah Kerajaan Negeri Kelantan yang bakal dilaksanakan secara berkelompok pada bulan Oktober 2022.

Turut hadir adalah Encik Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Seksyen Pengurusan Integriti IIM.