Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan mesyuarat penyelarasan akhir bagi pembangunan dan pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dengan Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU), Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan pada 27 Julai 2022.
Mesyuarat yang dijalankan secara atas talian ini berjaya mendapatkan penyelarasan bersama bagi pelaksanaan pembangunan OACP secara berkelompok yang melibatkan 23 jabatan/agensi di bawah pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Encik Wan Fahazil Wan Mohamad, Pengarah BITU, serta Encik Mohd Rais Ramli dan Cik Nadia Azmin, bagi pihak IIM.
