YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Inisiatif 6.2.4 Pelan Antirasuah Nasional (NACP) Bil. 3/2022 pada 3 November 2022. Mesyuarat telah diadakan secara dalam talian.
Agensi-Agensi Peneraju Inisiatif 6.2.4 NACP yang turut hadir termasuk SPRM; SSM; Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi; Transparency International-Malaysia; BURSA Malaysia; Institute of Corporate Directors Malaysia; Malaysian Institute of Corporate Governance; SME Corporation Berhad; serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri negeri Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, dan Perak.
Mesyuarat antara lain telah membincangkan status pelaksanaan program Latihan berkaitan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi yang telah dilancarkan pada bulan Jun 2022.
Selain itu, Mesyuarat turut bersetuju untuk menganjurkan secara bersama satu forum berkaitan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi pada suku tahun pertama 2023 bertujuan untuk mempertingkatkan jumlah penyertaan syarikat-syarikat dalam program-program latihan yang berkaitan.




