Mesyuarat Penyelarasan Bil.2/2022 bagi Inisiatif 6.2.4 Pelan Antirasuah Nasional (NACP) Bersama Agensi-Agensi Peneraju telah selesai diadakan pada 8 Jun 2022 secara maya dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh 12 Agensi-Agensi Peneraju Bersama yang mewakili KUSKOP, ICDM, MICG, SME Corp, TI-Malaysia, SPRM serta Pejabat Setiausaha Kerjaaan Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan dan Perlis.

Mesyuarat ini telah membincangkan antara lain mengenai sasaran output dan penetapan harga termasuk gerak kerja promosi Latihan Seksyen 17A, Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi serta status pelaporan berkala di dalam NACP.

Majlis Pelancaran Modul Latihan Seksyen 17A, Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi akan berlangsung pada 24 Jun 2022 di IIM.