Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput menghadiri Mesyuarat Pengesahan Modul Integriti pada 21 Februari 2023 bertempat di Ibu Pejabat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Mesyuarat bertujuan untuk mengesahkan modul Integriti yang telah ditambahbaik oleh IIM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi pelaksanaan Kursus Integriti & Kod Etika Kontraktor anjuran CIDB.

IIM telah diwakili oleh Encik Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Seksyen Pengurusan Integriti, dan Puan Maisyarah Mansoruddin, Ketua Seksyen Audit Dalam dan Governans.