Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mempengerusikan Mesyuarat Meja Bulat Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) Bil. 2/2022, bertempat di IIM pada 6 Julai 2022.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Ahli Mesyuarat Meja Bulat CISM yang terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bursa Malaysia Berhad (BURSA), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Transparency International Malaysia (TI-M).

Mesyuarat kali ini menjurus kepada status pembangunan Modul Kursus Komprehensif CISM. Modul ini bakal dilancarkan pada awal bulan Ogos 2022 untuk memberi pendedahan dan mengalakkan tadbir urus baik dikalangan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.