YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mempengerusikan Mesyuarat Meja Bulat (RTD) Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) Bil.3/2023 pada 4 Oktober 2023 bertempat di IIM, Putrajaya.

Mesyuarat ini telah dihadiri ahli-ahli Mesyuarat RTD CISM yang terdiri daripada pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Transparency International Malaysia (TI-M), Bursa Malaysia Berhad (BURSA), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).

Mesyuarat pada kali ini telah memberikan fokus kepada usaha ke arah menaik taraf program CISM ini melalui pelbagai cadangan baharu untuk memperluaskan penyertaan melalui pelbagai kempen dan promosi, pengiktirafan antarabangsa serta pengiktirafan kepada agensi-agensi yang menyertainya.

CISM juga akan memberi fokus kepada peningkatan pelaksanaan inisiatif integriti dan tata kelola dalam kalangan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mewakili 98% perusahaan dan perniagaan di Malaysia.

Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah YBrs. En. Gadaffi Sorilaut Omar, Pengurus Besar Kanan Bahagian Khidmat Korporat IIM, En. Izal Arif Zahrudin, Pengurus Besar Bahagian Operasi IIM dan Puan Norasikin Baharudin, Ketua Seksyen Dasar dan Penyelidikan, IIM.