Mesyuarat Lembaga Pengarah, Institut Integriti Malaysia (IIM) yang kedua bagi tahun ini telah diadakan pada 13 Jun 2022.

Mesyuarat secara maya ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara yang juga merangkap Pengerusi IIM.

Antara Ahli Lembaga Pengarah IIM yang turut serta dalam sesi mesyuarat kali ini ialah YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Haji Ibrahim, YBhg Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, YBhg Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan, YBhg Dato’ Sri Akhbar bin Abdul Sata @ Satar, YBhg Dato’ Yeow Wah Chin dan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM.

Mesyuarat Lembaga Pengarah kali ini telah membincang dan memutuskan beberapa perkara dasar yang menjadi penentu hala tuju baharu IIM dalam memastikan peranannya sebagai agensi peneraju dalam membangunkan budaya integriti masyarakat Malaysia.