Mesyuarat Lembaga Pengarah IIM Bil. 3 Tahun 2022 telah berlangsung pada 13 September 2022. Mesyuarat yang diadakan secara maya itu telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) merangkap Ahli Lembaga Pengarah IIM.
Ahli Lembaga Pengarah lain yang hadir termasuklah YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Haji Ibrahim, YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, YBhg. Dato’ Sri Akhbar Abdul Satar dan Encik Mohd Salihin Othman.
Turut hadir adalah YBhg Datuk Wan Suraya, KPE IIM dan Puan Norliana Ali Akbar, Setiausaha Syarikat IIM.
Antara lain, Mesyuarat telah membincangkan penilaian semula hala tuju IIM yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR), semakan setengah tahun pelan perniagaan IIM tahun 2022 serta sambutan Bulan Integriti Nasional 2022 (November 2022).

