Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah IIM Bil. 2 Tahun 2023 pada 21 Ogos 2023 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara.

Ahli Lembaga Pengarah yang turut hadir pada mesyuarat tersebut termasuklah YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli Mohamad; YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali dan YBhg. Prof Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

Seluruh Ahli Lembaga Pengarah IIM turut merakamkan ucapan tahniah serta mengalu-alukan kehadiran YBhg. Datuk Nor Yahati Awang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IIM yang baharu.