Mesyuarat Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM) yang pertama bagi tahun ini telah diadakan pada 29 Mac 2022.

Mesyuarat secara maya ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara yang juga merangkap Pengerusi IIM.

Antara Ahli Lembaga Pengarah IIM yang turut serta dalam sesi mesyuarat kali ini ialah YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Haji Ibrahim, YBhg Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, YBhg Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan, YBhg Dato’ Sri Akhbar bin Abdul Sata @ Satar, YBhg Dato’ Yeow Wah Chin dan YBrs. Encik Sureson Krisnasamy. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM.

Mesyuarat telah membincangkan beberapa agenda utama yang akan menjadi penentu dan hala tuju baharu IIM dalam memastikan peranannya sebagai agensi peneraju dalam membangunkan budaya integriti masyarakat Malaysia.