YBhg. Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd. Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif , Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menghadiri Mesyuarat Koordinasi Bersama Agensi-agensi di bawah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) pada 20 Jun 2022.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Sri Mohd Sallehhuddin Bin Hassan, Ketua Pengarah GIACC. Turut hadir dalam mesyuarat kali ini adalah Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) serta Setiausaha Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).



