Mesyuarat Koordinasi bersama Agensi-agensi di bawah Pusat Governans, Integriti & Anti–Rasuah Nasional (GIACC) Bil. 1/2022 yang dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) GIACC telah diadakan di Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 23 Ogos 2022.

Ahli mesyuarat terdiri daripada pegawai khidmat pengurusan GIACC, IIM, Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

IIM telah diwakili oleh En. Mas Affendi Masarudin, Pengurus Besar Khidmat Korporat IIM (memangku); Pn. Norliana Ali Akbar, Ketua Seksyen Kewangan dan Akaun dan Pn. Judlifah Mohd Jamil, Ketua Seksyen Pengurusan Sumber Manusia.

Sejurus selepas Mesyuarat Koordinasi tersebut, Ketua Pengarah Eksekutif IIM, YBhg Datuk Wan Suraya dan TKP GIACC, YBrs Pn Farah Adura turut mengadakan perbincangan hala tuju baharu IIM dalam usaha memantapkan lagi komitmen merealisasikan matlamat Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dengan lebih jayanya.