Satu mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan dan pemantauan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang 2021-2026 telah diadakan pada 6 Disember 2022 bertempat di Kuantan, Pahang.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Mohd Zakaria Bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan dihadiri oleh setiausaha-setiausaha Bahagian dan wakil-wakil dari Majlis Sukan Pahang serta Bahagian Perumahan SUK Pahang. Mesyuarat ini dikendalikan oleh Konsultan IIM, Pn. Nurul Fadzliyanie Mohd Razif.

IIM telah membantu pihak SUK Pahang dalam pembangunan penggubalan OACP yang baharu sahaja dilancarkan pada awal tahun ini.