Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pemantauan, Pelaporan & Penilaian Inisiatif 6.2.4 di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) telah diadakan pada 17 Oktober 2022.
Institut Integriti Malaysia (IIM) merupakan agensi peneraju bagi Jawatankuasa ini yang terdiri dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan wakil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Johor, Kelantan, Perak dan Pejabat Ketua Menteri Sabah.


