IIM telah terlibat di dalam Mesyuarat Inter-Agency Planning Group (IAPG) Inclusivity semakan pertengahan penggal bagi Rancangan Malaysia ke-12 , Siri 2 yang telah diadakan pada 15 Mac 2023 di Kementerian Ekonomi. Pada sesi IAPG kali ini, semua Technical Working Group (TWG) dengan diwakili oleh Ketua-Ketua Focus Group (FG) yang dilantik telah membentangkan laporan pencapaian TWG masing-masing.
IIM telah diberikan mandat sebagai Ketua Focus Group (FG4) berkaitan Tadbir Urus dan Penyampaian Perkhidmatan bagi TWG 2 : Bumiputera.
Antara lain, IIM telah membentangkan maklumat mengenai pencapaian tindakan-tindakan yang telah ditetapkan di bawah inisiatif tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan serta isu-isu berkaitan dan juga cadangan penyelesaian bagi setiap isu tersebut.
Ini termasuk keperluan mewujudkan satu pangkalan data bersepadu khusus untuk Bumiputera, isu penyelarasan laporan berkaitan isu Bumiputera di antara Kementerian dan agensi serta pemantapan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan dalam kalangan agensi Bumiputera dan agensi mandat Bumiputera.
Beberapa cadangan penyelesaian telah diterima oleh Kementerian Ekonomi termasuklah cadangan IIM agar agensi mandat Bumiputera melaksanakan kerjasama dengan IIM bagi pengukuhan dan pemantapan tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi.

